Gambar-gambar Program Khidmat Bakti kripton di Pulau Redang
Friday, March 13, 2009
Thursday, February 12, 2009
Merentas Desa!!
Kejohanan Merentas Desa yang diadakan baru-baru ini sangat meriah.
Berikut adalh keputusan keseluruhan kejohanan :
Tempat Pertama : Radon
Tempat Kedua : Xenon
Tempat Ketiga : Kripton
Tempat Keempat : Helium
Posted by nina at 11:01 PM 2 comments
Thursday, December 4, 2008
Hari Anugerah Q Kokurikulum
Pengakap Laut Lelaki
Pengakap Laut Perempuan
Kadet Polis
Kadet Remaja Sekolah
Kadet Pertahanan Awam
Majlis Penyampaian Anugerah
Keputusan Sistem Rumah:
Tandas Ceria Aspuri :
Tempat Pertama : Rumah Kripton
Tempat Kedua : Rumah Radon
Tempat Ketiga : Rumah Xenon
wakil rumah kripton, Naib setiausaha, Syamil Sofiah megambil hadiah
Tandas Ceria Aspura
Tempat pertama : Rumah Radon
Tempat kedua : Rumah Kripton
Tempat ketiga : Rumah Xenon
Wakil rumah kripton, setiausaha, Wan Zharfan mengambil hadiah
Landskap Aspuri
Tempat pertama : Rumah Kripton
Tempat kedua : Rumah Radon
Tempat ketiga : Rumah Helium
Landskap Aspura
Tempat pertama : Rumah Radon
Tempat kedua : Rumah Kripton
Tempat ketiga : Rumah Xenon
Wakil rumah Kripton, Bendahari, Muhammad Luqman mengambil hadiah
Papan Maklumat Aspuri
Tempat pertama : Rumah Kripton
Tempat kedua : Rumah Radon
Tempat ketiga : Rumah Helium
Papan Maklumat Aspura
Tempat pertama : Rumah Kripton
Tempat Kedua : Rumah Radon
Tempat ketiga : Rumah Helium
Akademik
Tempat pertama : Rumah Radon
Tempat Kedua : Rumah Helium
Tempat ketiga : Rumah Kripton
3K (Kebersihan, Kecerian dan Keselamatan)
Tempat Pertama : Rumah Radon
Tempat kedua : Rumah Kripton
Tempat ketiga : Rumah Helium
Publisiti
Tempat pertama : Rumah Radon
Tempat kedua : Rumah Kripton
Tempat ketiga : Rumah Xenon
Khidmat Bakti
Tempat pertama : Rumah Kripton
Tempat kedua : Rumah Radon
Tempat ketiga : Rumah Xenon
Disiplin
Tempat pertama : Rumah Kripton
Tempat kedua : Rumah Radon
Tempat ketiga : Rumah Helium
Anugerah Rumah Terbilang
Tempat pertama : Rumah Kripton
Tempat kedua : Rumah Radon
Tempat ketiga : Rumah Helium
Ketua Rumah (KR), Muhammad Ihkwan dan Penolong Ketua Rumah (PKR) Fadhlina Ilyani, mengambil hadiah bagi Anugerah Rumah Terbilang iaitu Rumah Kripton
Tahniah kepada semua ahli Rumah Kripton kerana berjaya menjalankan tugas dengan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang. Moga-moga kita mendapat kejayaan lagi pada tahun hadapan. -Amin-
Posted by nina at 12:07 AM 2 comments
Saturday, November 1, 2008
Sistem Rumah Kripton
Ketua rumah : Mohd Ikhwan b. Mohd Padzil
Pen. ketua rumah : Fadhlina Ilyani bt. Ta'at
Setiausaha : Syamil Sofiah bt Hussin
Pen. Setiausaha : Wan Zharfan b. wan Zainal Abidin
Bendahari : Mohd Luqman Hakim b. Zamalolaily
Pen. Bendahari : Nur Zaharatul Azwa bt Mohd zaki
Nur Raihan bt. Che Mohd Roslan
Khidmat Bakti : Mohd Haziq b. Sulaiman
Nasiha Awatif bt Muhammad Shahri
Informasi : Mohd Fhais b. Mohd Yusof
Siti Amirah bt Azhar
Blik Khas : Haiqal b. Tajuddin
Nur Amalina bt. Baharuddean
Ko Akademik : Mohd Haikal b. Mohd Shah
Nurul Hanis bt. Muhd Hanafiah
Sahsiah : Raja Muhd Hafiz b. Raja Bazaid
Amalina Farhana bt. Rorzlan
Sukan : Nadatul Zahrah bt. Ahmad Shahar
3 K* : Mior Muhd Asyraf b. Jumali
Nur Aishah Asyiqin bt. Haron
Penerbitan : Muhd Nazim b. Shukri
Amanina bt Abd sukor
3K* : Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan
BENDERA DAN MAKNA LOGO KRIPTON
KETERANGAN BENDERA RUMAH
- Latar belakang berwarna kuning melambangkan warna rasmi rumah
- Warnaini turut melambangkan ketaatan, kesetian dan ketegasan dalam mempertahankan prinsip, peraturan dan apa-apa jua ketetapan yang telah dipersetujui bagi menjamin keunggulan sahsiah dan peribadi, kecemerlangan akademik dan kokurikulum, disamping mengekalkan nama baik dan menjamin kelangsuangan institusi yang diwakili.
- Logo pada bahagian tengah bendera ialah logo rasmi Rumah Kripton berbentuk bujur telur melambangkan permuafakatan, saling memperkukuh dan menunjangi usaha-usaha ke arah mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai ahli yang berwibawa.
- Lima bentuk tiang konkrit melambangkan 5 aspek penting yang dijadikan kayu ukur petanda aras bagi menilai kemajuan pelajar-pelajar dalam sistem pengiraan mata rumah-rumah yang diperkenalkan di sekolah-sekolah berasrama penuh. Lima aspek tersebut ialah sahsiah dan disiplin, akademik, kokurikulum, 3K (kecerian, keselamatan dan kebersihan) dan Khimat bakti.
- Perkataan KRIPTON merupakan nama rasmi yang telah dipersetujui bagi mewakili rumah kuning
- "Bijaksana, Perkasa, Wibawa" merupakan moto Rumah Kripton. Moto ini secara simboliknya dapat dirumuskan sebagai usaha bersepadu dan sungguh-sungguh bagi melahirkan ahli-ahli yang bijaksana sifatnya (memeliki kepandaian, berhati-hati lagi cerdik), perkasa (berupaya menampilkan kehebatan diri,kuat dan memiliki keberanian), serta wibawa (memiliki keistimewaan sesuatu dan dapat dipertanggungjawabkan).
Posted by nina at 1:30 AM 0 comments
Friday, October 31, 2008
Kenali SBPISB
Lokasi
Sejarah sekolah
Pada peringkat perancangan awal, sekolah ini dibina atas nama SMK(A) Sabak Bernam, oleh itu pengambilan pelajar sekolah ini dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Kemudian, pengurusan sekolah ini diambil alih oleh Sektor Sekolah Berasrama Penuh (SBP), bahagian sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selaras dengan perubahan pengurusan sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Sabak Bernam (SEMERBAK) dan kemudiannya bertukar kepada SBP Integrasi Sabak Bernam (INTERSABER). Pengambilan pelajar seterusnya terbuka kepada negeri-negeri lain seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Pahang. Sekolah ini mula beroperasi pada 8 Julai 2002 dengan pengambilan pelajar pertama iaitu pelajar tingkatan 1 seramai 76 orang. Kini jumlah gurunya seramai 40 orang dalam pelbagai pengkhususan. Puan Hajjah Nahyah binti Atok ialah pengetua pertama sekolah ini. Encik Jaafar bin Rajuli sebagai Penolong Kanan manakala Ustaz Ahmadi bin Abbas menyandang jawatan penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Ku Ahmad bin Ku Ibrahim sebagai penolong kanan kokurikulum. Kini INTERSABER di terajui oleh Tuan Haji Shaharuddin bin Haji Mydin, Pengetua Cemerlang INTERSABER.
Visi sekolah
- Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan bersepadu yang akan melahirkan pelajar muslim bestari serta mampu memberi sumbangan optimum kepada pembangunan diri , agama dan negara.
- Melahirkan pelajar muslim yang mempunyai sahsiah diri yang unggul, beraspirasi tinggi dan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
- Mewujudkan iklim dini serta sekolah berimej sendiri
- Membentuk warga sekolah yang dedikasi kreatif, inovatif serta berwawasan
- Pencapaian cemerlang dan berkualiti dalam semua peperiksaan
- Penglibatan aktif dan pencapaiaan cemerlang dalam penyertaan kegiatan kokurikulum dan kurikulum
- Penglibatan semua warga sekolah dalam program peningkatan professional dan pembinaan insan secara berterusan
Suasana persekolahan atau pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna adalah perlu untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi kearah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara seimbang dan beranggungjawab terhadap diri sendiri
Suluh kata SBPISB
S Sharing (kerjasama)
B Believe (saling mempercayai)
P Positive ( Positif)
I Independence (berdikari)
S Struggle (berjuang)
B Brave (Berani)

Bentuk bujur hemisfera
melambangkan alam semesta yang luas dan manusia sebagai khalifahnya
Lima bintang bercorak geometri
Rukun Islam menjadi asas pegangan melambangkan kecemerlangan dan kesenian Islam
Buku yang terbuka dan mata pena
Kitab Al-Quran menjadi dustur dan panduan umat
Sumber ilmu dan maklumat serta media utama dalam pendidikan
Baca dan tulis ialah usaha ke arah kejayaan
Satelit parabola
melambangkan kemajuan teknologi alam siber dunia teknologi maklumat dan globalisasi
Dua titik bulat di kiri dan kanan
Keseimbangan dan kesepaduan antara duniawi dan ukhrawi melahirkan insan yang harmonis
2002/1423 H
Tahun sekolah di buka
ILMU,IMAN, ISTIQAMAH
Moto sekolah
Warna merun
Semangat tinggi yang membara
Keberanian menghadapi cabaran dan berdaya saing
warna kuning keemasan
Melambangkan kegemilangan dan kecemerlangan ketaatan terhadap keluhuran perlembagaan dan undang-undang, raja dan negara
Warna Hijau
Warna alam
Kepekaan terhadap alam sekitar demi keharmonian sejagat
Lagu sekolah :
Pewaris Budaya Ilmu
SBPI Sabak Bernam
Pewaris budaya ilmu
Ilmu, Iman, Istiqamah
Teras juang warganya
SBPI Sabak Bernam
Mutiara di lautan maju
Menjunjung hasrat mulia
Terbilang di dunia
Kamilah warganya
Berikrar, bersetia
Berusaha menggapai jaya
Kamilah warganya
Berusaha dan berbakti
Untuk ibu pertiwi
SBPI Sabak Bernam
Mutiara di lautan maju
Menjunjung hasrat mulia
Terbilang di dunia
Terbilang di dunia
Terbilang di dunia
Posted by nina at 8:15 PM 2 comments
Sunday, October 26, 2008
Apa Itu Kripton?
Assalamualaikum dan salam muhibah
Apa yang anda tahu tentang Kripton? Kripton adalah nama bagi Rumah Kuning (Sistem Rumah) di SBP Integrasi Sabak Bernam. Kami bersaing bersama 3 lagi rumah iaitu Radon (Rumah Biru), Xenon (Rumah Hijau) dan Helium (Rumah Merah). Misi kami hanya satu iaitu untuk menjuarai Anugerah Sistem Rumah pada tahun ini. Untuk pengetahuan semua, rumah Kripton telah menjuarai Sistem Rumah selama 3 tahun berturut-turut. Tahun ini diharapkan kami berjaya menjuarai lagi Anugerah Sistem Rumah. -Amin-
Posted by nina at 7:52 AM 0 comments





