Lokasi
Sejarah sekolah
Pada peringkat perancangan awal, sekolah ini dibina atas nama SMK(A) Sabak Bernam, oleh itu pengambilan pelajar sekolah ini dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Kemudian, pengurusan sekolah ini diambil alih oleh Sektor Sekolah Berasrama Penuh (SBP), bahagian sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selaras dengan perubahan pengurusan sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Sabak Bernam (SEMERBAK) dan kemudiannya bertukar kepada SBP Integrasi Sabak Bernam (INTERSABER). Pengambilan pelajar seterusnya terbuka kepada negeri-negeri lain seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Pahang. Sekolah ini mula beroperasi pada 8 Julai 2002 dengan pengambilan pelajar pertama iaitu pelajar tingkatan 1 seramai 76 orang. Kini jumlah gurunya seramai 40 orang dalam pelbagai pengkhususan. Puan Hajjah Nahyah binti Atok ialah pengetua pertama sekolah ini. Encik Jaafar bin Rajuli sebagai Penolong Kanan manakala Ustaz Ahmadi bin Abbas menyandang jawatan penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Ku Ahmad bin Ku Ibrahim sebagai penolong kanan kokurikulum. Kini INTERSABER di terajui oleh Tuan Haji Shaharuddin bin Haji Mydin, Pengetua Cemerlang INTERSABER.
Visi sekolah
- Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan bersepadu yang akan melahirkan pelajar muslim bestari serta mampu memberi sumbangan optimum kepada pembangunan diri , agama dan negara.
- Melahirkan pelajar muslim yang mempunyai sahsiah diri yang unggul, beraspirasi tinggi dan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
- Mewujudkan iklim dini serta sekolah berimej sendiri
- Membentuk warga sekolah yang dedikasi kreatif, inovatif serta berwawasan
- Pencapaian cemerlang dan berkualiti dalam semua peperiksaan
- Penglibatan aktif dan pencapaiaan cemerlang dalam penyertaan kegiatan kokurikulum dan kurikulum
- Penglibatan semua warga sekolah dalam program peningkatan professional dan pembinaan insan secara berterusan
Suasana persekolahan atau pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna adalah perlu untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi kearah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara seimbang dan beranggungjawab terhadap diri sendiri
Suluh kata SBPISB
S Sharing (kerjasama)
B Believe (saling mempercayai)
P Positive ( Positif)
I Independence (berdikari)
S Struggle (berjuang)
B Brave (Berani)
Tafsiran lencana sekolah

Bentuk bujur hemisfera
melambangkan alam semesta yang luas dan manusia sebagai khalifahnya
Lima bintang bercorak geometri
Rukun Islam menjadi asas pegangan melambangkan kecemerlangan dan kesenian Islam
Buku yang terbuka dan mata pena
Kitab Al-Quran menjadi dustur dan panduan umat
Sumber ilmu dan maklumat serta media utama dalam pendidikan
Baca dan tulis ialah usaha ke arah kejayaan
Satelit parabola
melambangkan kemajuan teknologi alam siber dunia teknologi maklumat dan globalisasi
Dua titik bulat di kiri dan kanan
Keseimbangan dan kesepaduan antara duniawi dan ukhrawi melahirkan insan yang harmonis
2002/1423 H
Tahun sekolah di buka
ILMU,IMAN, ISTIQAMAH
Moto sekolah
Warna merun
Semangat tinggi yang membara
Keberanian menghadapi cabaran dan berdaya saing
warna kuning keemasan
Melambangkan kegemilangan dan kecemerlangan ketaatan terhadap keluhuran perlembagaan dan undang-undang, raja dan negara
Warna Hijau
Warna alam
Kepekaan terhadap alam sekitar demi keharmonian sejagat
Lagu sekolah :
Pewaris Budaya Ilmu
SBPI Sabak Bernam
Pewaris budaya ilmu
Ilmu, Iman, Istiqamah
Teras juang warganya
SBPI Sabak Bernam
Mutiara di lautan maju
Menjunjung hasrat mulia
Terbilang di dunia
Kamilah warganya
Berikrar, bersetia
Berusaha menggapai jaya
Kamilah warganya
Berusaha dan berbakti
Untuk ibu pertiwi
SBPI Sabak Bernam
Mutiara di lautan maju
Menjunjung hasrat mulia
Terbilang di dunia
Terbilang di dunia
Terbilang di dunia